Ts. Halimaton Sa’adiah Ariffin
Penyelaras Program • Pusat Tamhidi
- Institusi:
Universiti Sains Islam Malaysia - Pusat:
Pusat Tamhidi - Program:
Tamhidi Perubatan, Pergigian dan Sains - Tamhidi Sains Fizikal dan Teknologi
- Email:
halimaton@usim.edu.my
puterijauhari@gmail.com
Profil Ringkas
Ts. Halimaton Sa’adiah Ariffin merupakan seorang ahli akademik di Pusat Tamhidi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau mula berkhidmat di USIM sejak tahun 2005 dan terus menyumbang secara aktif dalam bidang akademik, pengurusan, pengajaran dan pembelajaran sehingga kini.
Dalam peranan beliau, beliau terlibat dalam penyelarasan program, pengurusan akademik dan pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran. Beliau juga pernah terlibat dalam pertandingan inovasi serta pernah menyertai persidangan di peringkat dalam dan luar negara.
Dari aspek kelayakan akademik, beliau berkelulusan Diploma Sains Komputer (UiTM Pahang), Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (UiTM, Shah Alam) dan Ijazah Sarjana Sains Komputer (UPM). Sebelum menyertai USIM, beliau pernah berkhidmat sebagai Head of Programmer di salah sebuah syarikat IT di Kuala Lumpur pada tahun 2002, bertanggungjawab dalam pengurusan projek digital, pembangunan sistem untuk projek-projek sektor swasta dan kerajaan.
Kini, beliau sedang melanjutkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sistem Maklumat (Phd in Information Systems) secara separuh masa. Kajian beliau tertumpu kepada micro-credentials dalam pendidikan tinggi, khusus kepada bidang TVET, sistem maklumat, teknologi pembelajaran, kesediaan institusi serta pelaksanaan sistem digital dalam konteks akademik.